Bekas Perdana Menteri Cemburu Dengan Kejayaan Yang Dicapai Oleh Malaysia Hari Ini, Kata Tengku Adnan
KUALA LUMPUR: "Mereka serang perdana menteri. Dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin," kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Memetik laporan mStar Online, beliau juga menyifatkan ada pihak yang tidak suka dan cemburu dengan kejayaan Malaysia sekarang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka serang perdana menteri. Dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin," katanya.
Walaupun kenyataan tersebut tidak menyebut nama Tun Mahathir tetapi berdasarkan kenyataan tersebut ia sudah pasti ditujukan kepada Mantan Perdana Menteri berkenaan kerana dilihat lantang mengkritik kepimpinan Najib sejak akhir-akhir ini.
"Bertitik-tolak daripada sifat rakus dan juga kerana tidak mencapai matlamat peribadi."
"Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) Tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu atas kejayaan yang dicapai pada hari ini dan macam-macam lagi," katanya lagi.
Adnan yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan itu menegaskan negara akan musnah sekiranya sikap angkuh menguasai diri.
"Apabila sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir diri sendiri selalu betul, itu yang akan memusnah," tegasnya. - Siakapkeli.my