Almy Nadia Beri Amaran Kepada Fara Mendoza "Jangan Kacau Rumah Tangga Aku"
Selepas Fizz Fairuz menafikan kononnya cuba menggatal dengan pelakon baru, Fara Mendoza, isterinya Almy Nadia memuatnaik satu posting di laman Instagramnya dengan memberi sindirin pedas.
Meskipun posting berkenaan sudah dipadam, namun Almy menyifatkan Fara seorang artis yang sengaja mencari publisiti murahan apatah lagi baru sahaja terjun ke dunia hiburan.
Posting berkenaan dimuatnaik petang semalam.
Almy turut memberi amaran 'Jangan kacau rumah tangga aku' dan 'Jangan cuba-cuba' kepada Fara.
Terdahulu Fara mengakui dirinya digoda oleh Fizz Fairuz menerusi aplikasi sosial WeChat.
Dia memuatnaik paparan perbualan mereka berdua, namun ia kemudiannya dinafikan oleh Fizz dengan berkata tidak mengenali pelakon baru itu.
Fara dalam reaksinya terhadap pengakuan Fizz itu meluahkan rasa peliknya kerana dia menyimpan kesemua bukti perbualan mereka. -Siakapkeli.my