Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AirAsia Minta Kerajaan Henti Buat Keputusan Gila, Tidak Akan Berpindah Dari KKIA

12 Ogo 2015
One Comment


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menegaskan syarikat penerbangan kos rendah miliknya, AirAsia tidak akan menurut perintah kerajaan yang mahu mereka berpindah ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Putrajaya perlu berhenti membuat keputusan yang gila ini kerana ia akan merugikan sektor perlancongan negara.

Kerajaan diminta tidak lagi mengulangan kesilapan seperti sebelum ini apabila memaksa syarikat penerbangan AirAsia berpindah daripada lapangan terbang tambang murah (LCCT) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)

"Kita dipaksa untuk pergi ke klia2 yang jelas satu kesilapan. Kita (AirAsia) tahu apa yang perlu dibuat.

"Industri pelancongan di Sabah amat lemah sekarang ini. Berpindah ke Terminal 1 hanya akan menyebabkan lebih banyak kesesakan dan hanya membunuh industri pelancongan di Sabah.

"Sampai masanya Malaysia perlu berhenti daripada membuat keputusan gila," katanya.

Disebalik itu beliau mendedahkan menerima dua arahan yang berlainan daripada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

"Sebelum ini saya diberitahu Aziz arahan yang berlainan dengan sekarang."

Bagaimanapun semalam Aziz mengarahkan semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Terminal 2 KKIA perlu berpindah ke Terminal 1 lapangan terbang itu dalam masa terdekat bagi menampung lebih ramai penumpang dari dalam serta luar negara.

AisAsia bagaimanapun engggan berpindah kerana menurut mereka ia akan memberi eksan kepada operasi perniagaan selaon terpkasa meningkatkan caj perkhidmatana penumpang daripada RM32 kepada RM65 seorang yang dikenakan terhadap penumpang antarabangsa, ketika ini.

"Operasi penerbangan AirAsia di Kota Kinabalu merupakan satu kejayaan besar untuk kita. Kerajaan perlu hargainya kerana ia naikkan jumlah pelancong. Menaikkan cukai lapangan terbang hanya akan mematikan industri.

"Kementerian Pengangkutan ada 2 wakil dalam MAHB, dan mereka tidak memberi gambaran jelas mengenai itu, termasuk membuat rundingan dengan kita. Sedangkan, mereka jelas dengan pendirian kita yang AirAsia sama sekali tidak akan berpindah. Ini satu keputusan tidak wajar."

"Arahan perpindahan adalah kepentingan monopoli (pihak tertentu). Di Terminal 1, tidak ada fasiliti yang terbaik, penyelenggaran amat teruk, dengan penghawa dingin tidak berfungsi dan kita dipaksa untuk keluar. Ini merupakan satu perbuatan buli yang harus dihentikan," katanya.

Tony juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak berunding dengan pihaknya mengenai lonjakkan industri pelancongan ketika nilai ringgit merudum.

"Seperti kementerian di Indonesia, mereka mengurangkan cukai lapangan terbang dan berhubung dengan AirAsia. Negara lain juga semua berhubung dengan syarikat penerbangan. Semua negara mahu bekerjasama dengan AirAsia.

"Kita bukan mahu bergaduh tetapi mahu menang-menang. Kerajaan perlu ajak AirAsia duduk bersama dan bincang bagaimana boleh naikkan kembali mata wang, tawar peluang pekerjaan, jadikan Sabah dari 3 juta pelancong yang datang hingga 6 juta," katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Punk Asuka : apa kata ko pulak aku usir kluar dr Malaysia...amacam ?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "