Abdul Rani Kulup Bakal Meriahkan 'Super Spontan All Stars' Musim Keempat
Nampaknya program lawak terkenal 'Super Spontan' kini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran nama baru yang sudah pasti menarik perhatian ramai.
Mana tidak meriahnya apabila program yang akan ditayangkan bermula 28 Ogos oleh pihak Astro ini akan dimeriahklan dengan kehadiran raja report Malaysia atau Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah yang kini terkenal di media sosial dengan slogan #Kipidap.
Selain itu Uqasha Senrose pula dipilih antara barisan pemain utama yang baru untuk bersaing di pentas Super Spontan All Stars musim keempat bersama beberapa pelawak lain yang bakal bermula pada 28 Ogos ini.
Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai berkata, Abdul Rani Kulup Abdullah hanyalah bakal menjadi tetamu khas pada malam pembukaan program itu.
Rani juga bakal muncul dalam beberapa episod yang bersesuaian bagi memeriahkan program pada musim ini.
"Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.
"Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," ujarnya.
Selain Uqasha, seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan. - Siakapkeli.my