Wall Street Journal Amalkan Etika Kewartawanan Longkang, Saya Berani Bertaruh RM1000 - Abdul Rahman Dahlan
Berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Portal The Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan kononnya terdapat wang 1MDB sebanyak RM AS$700 juta di dalam akaun beribadi Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak telah tampil seorang menteri mempertikaikan kenyataan tersebut.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau sanggup pertaruhankan duit sebanyak RM1000 mengatakan bahawa maklumat yang WSJ tulis itu hanyalah berdasarkan laman pembocor maklumat Sarawak Report.
“Saya nampak kamu bertaruh RM500, saya naikkan kepada RM1,000,” tulisnya di laman Twitter.
BACA: Wall Street Journal Dedah Berjaya Kesan AS$700 Duit 1MDB Dalam Akaun Peribadi Najib
Di dalam laporan yang ditulis oleh WSJ adalah 'penyiasat Malaysia' dan ia sudah pasti adalah Sarawak Report.
Memetik dari “penyiasat Malaysia”, WSJ melaporkan hampir AS$700 juta dana daripada 1MDB berakhir di akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga merupakan MP Kota Belud melancarkan serangan di Twitter kepada WSJ kerana mengeluarkan artikel yang tidak tahu kesahihannya itu.
“Jika mereka serius berkaitan keasliannya, laporan itu patut sebut nama sumber.
“Dengan memetik 'penyiasat tidak dinamakan' sebagai laporan sangat berunsur fitnah, AWSJ menjunam ke tahap kewartawanan longkang Sarawak Report,” kata Rahman.
1MDB hari ini menegaskan bahawa tiada dananya disalurkan kepada Najib. - Siakapkeli.my