Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Mat Salleh Tengking Lelaki Pakai Baju "I SO F* SPECIAL" Dalam MRT

10 Jul 2015
No Comment

Satu video  yang merakam aksi seorang seorang mat salleh menengking seorang remaja warganegara Singapura mendapat perhatian netizens di negara seberang.

Video terbabit dimuat naik oleh Facebook Page Thelocalsociety dan mendapat hampir 500 perkongsian.

Video berdurasi 3 minit 27 saat itu bermula dengan mat salleh berkenaan mengungkapkan perkataan "Do you wanna fight?"(kamu nak gaduh ke?) dan kemudian disusuli dengan aksi menengking dari mat salleh berkenaan.

Mat salleh itu kemudiannya dihentikan oleh seorang lelaki yang kembali memarahi mat salleh berkenaan dan mempersoalkan kenapa dia bertindak sedemikian rupa.

Lelaki terbabit kemudian menyuruh mat salleh tersebut keluar dari MRT tersebut. Setelah beberapa kali didesak akhirya mat salleh itu akur dan keluar dari MRT tersebut.

Video tersebut berakhir dengan mat salleh berkenaan sekali lagi bertanya kepada pegawai bertugas mengapa remaja tersebut memakai baju dengan tulisan itu selain dari beberapa bunyi dari penumpang MRT yang mula mencaci mat salleh tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "