Lelaki Warganegara Korea Lemas Jatuh Dari Banana Boat
ALOR GAJAH - Seorang lelaki warganegara Korea dilaporkan lemas selepas terjatuh dari sebuah bot di sebuah pusat peranginan di Port Dickson.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gaja, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf, lelaki terbabit dikenali sebagai Choi Seung-yul, 74, bersama dengan lima ahli keluarganya ketika kejadian berlaku. Choi terjatuh dari "banana boat" yang dinaikinya selepas ia dilanda satu ombak kecil dan terbalik dalam kejadian jam 11.55 pagi tadi.
"Kesemua mereka terjatuh ke dalam air namun sempat berpaut pada bot. Mereka kemudiannya diselamatkan nelayan yang berada berdekatan dan lelaki itu yang kelihatan lemah dan sesak nafas kemudiannya dibawa ke Hospital Port Dickson," katanya memetik laporan Bernama.
Choi meninggal dunia di hospital kira-kira jam 3.55 petang tadi. - Siakapkeli.my