Biarpun negara baru sahaja kecoh dengan kejadian gaduh di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu, tapi tanpa sedar ikatan sesama kaum di Malaysia masih utuh.
Kenapa kami kata begitu?
Video ini, yang menunjukkan sekumpulan remaja dari kaum Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya dari Saloma mungkin boleh dijadikan bukti bahawa kita semua masih ada sikap saling hormat-menghormati dan toleransi walau berbeza kaum dan agama.
Video berdurasi 30 saat itu yang dirakam di dalam kereta api mula dimuatnaik ke laman-laman sosial dan mendapat respon yang positif daripada netizens. -Siakapkeli.my
PADUNYA CHINESE PUN NYANYI LAGU RAYA DALAM KTM!!!!! 💖💖💖💖💖 pic.twitter.com/1SMBrjeiaw
— Arisya (@sekuntum_isya) 14 Juli 2015