Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh Ketua Polis Negara Adalah Amat Meragukan - Peguam
KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terhadap anak guam saya adalah amat meragukan, kata Azam Aziz peguam kepada suspek kes curi di Low Yat.
Menurut beliau, dalam perbualannya dengan tertuduh Khairul Azmi Mazlan, 22, terdapat begitu banyak percanggahan kronologi kejadian yang berlaku berbanding kenyataan yang dikeluarkan oleh KPN.
Beliu turut mempertikaikan keaslian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di media sosial.
"Pertamanya, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan dua orang telah pergi ke kedai itu dan mencuri. Fakta yang sebenarnya, seperti yang anak guam maklumkan kepada kami, hanya seorang sahaja yang naik ke (tingkat) atas (manakala) yang lain berada di bawah," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. - Siakapkeli.my