Arah kiblat secara istilah ialah arah yang merujuk ke suatu tempat di mana bangunan Ka’bah di Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi yang menjadi arah untuk umat Islam satu dunia menunaikan solat.
Pelbagai cari kini kita gunakan untuk menentukan arah kiblat yang betul seperti sudah pastinya melihat arah matahari jatuh, kompas, sedikit terbaru aplikasi telefon dan paling terbaru adalah satu teknologi yang hebat iaitu sejadah bercahaya.
Sejadah bercaya ini akan mengeluarkan cahaya apabila sejadah tersebut betul-betul menghadap arah kiblat dan cahaya akan terpada jika dialihkan dari arah kiblat.
Sejadah hebat ini telah dicipta oelah seorang lelaki warganegara Turki, Soner Ozenc yang dibari nama El Sajjadah.
Sejadah ini diperbuat menggunakan bahan neoprene yang mampu bercahaya mengikut corak yang direka iaitu imej Masjid Biru di Istanbul.
Ciptaan ini telah disertakan dengan kompas digital yang boleh menentukan arah kiblat dan memberikan maklumat kepada pengguna.
Uniknya, sejadah ini boleh digulung seperti sejadah biasa selain juga dilengkapi dengan butang yang boleh menutup cahaya lampu pada sejadah berkenaan.
Bagaimanapun pada masa kini hanya terdapat dua El Sajjadah di dunia kerana Ozenc masih lagi mengumpul dana untuk pengeluaran tikar ini secara besar-besaran suatu hari nanti. - Siakapkeli.my