Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

8 Tesco Akan Dibuka 24 Jam Sempena Aidilfitri

9 Jul 2015
No Comment


SHAH ALAM - Tesco Stores Sdn Bhd mengumumkan pihaknya akan membuka lapan pasarayanya 24 jam tiga hari bermula esok sempena Aidilfitri.

Antara Tesco yang terlibat adalah Tesco Extra Shah Alam, Tesco Ampang, Tesco Kajang, Tesco Seri Alam, Tesco Seberang Jaya, Tesco Extra Mergong dan Tesco Extra Seremban 2.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk Georg Fischer, pasaraya itu memanjangkan masa perkhidmatannya bagi memudahkan pelanggan membeli belah pada saat akhir.

"Ketika Syawal semakin hampir, para pelanggan kami membeli-belah Hari Raya tatkala jadual yang sibuk.

"Kami memanjangkan tempoh perkhidmatan untuk keselesaan para pelanggan kami dan untuk memastikan mereka berupaya memperoleh manfaat penuh daripada kempen 'Lebih Jimat' di pasar-pasar raya kami," katanya memetik laporan Bernama.

Selain itu, beliau juga berkata pelanggan yang datang berkunjung selepas tengah malam akan mendapat pek sahur. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "