KUALA LUMPUR: Kemungkinan ada pihak mahu menjatuhkan dan menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri, Dato Seri najib Tun Razak adalah tidak disangkal oleh pihak polis
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah membocorkan dokumen sulit kepada orang asing tersebut adalah serius dan telah menimbulkan kesan di peringkat nasional.
“Pihak PDRM juga telah menerima laporan mengenai perkara ini. Kami akan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dipetik Astro Awani.
Beliau menegaskan pihak polis telah melaksanakan siasatan menyeluruh tentang kes ini di mana perbuatan membocorkan dokumen sulit ini telah disampaikan oleh Peguam Negara.
"Pihak polis percaya dokumen ini dibocorkan daripada siasatan kerajaan Malaysia dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya lagi.
Segala siasatan dijalankan merangkumi semua ahli Pasukan Petugas Khas, termasuk kakitangan Bank Negara. Ia merupakan usaha untuk menegakkan integriti inkuiri dan keyakinan dalam sistem kewangan Malaysia.
“Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau mengubah suai dokumen itu akan berdepan tindakan undang-undang.”
“Matlamat siasatan polis adalah untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan maklumat sekali gus menentukan sama ada dokumen-dokumen itu adalah asli atau telah diubah suai seperti kes bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Justo," katanya lagi.
Pada 24 Jun lalu, pihak polis Thailand telah ebrjaya menahan Justo atas dakwaan mengugut PSI yang merupakan sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi. - Siakapkeli.my