Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suasana Dalam Kereta Api Kecoh Selepas Puluhan Ekor Belut Terlepas

10 Jul 2015
No Comment


Shanghai: Suasana di dalam sebuah kereta api bawah tanah yang penuh dengan orang tiba-tiba menjadi kecoh dan huru hara selepas orang ramai menjerit-jerit dan berhimpit-himpit selepas berpuluh-puluh ekor belut tiba-tiba melata di atas lantai kereta api.

Kejadian tersebut berlaku selepas beberapa bungkus beg plastik yang berisi belut di bawa seseorang telah koyak menyebabkan haiwan bekenaan terlepas.

Beberapa keping gamabr telah dimuatnaik oleh seorang penumpang di ke laman sosial menunjukkan haiwan-haiwan berkenaan yang mempunyai badan yang licin bergerak-gerak di atas lantai kereta api.

Bagaimanapun ada beberapa orang penumpang dilihat tenang walaupun belut itu menjalar berhampiran kaki mereka.

Beberapa orang penumpang lelaki telah bertindak mengutip belut berkenaa dan memasukkannya ke dalam bekas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "