Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Bagi Tempoh 14 Hari Kepada WSJ Sebelum Ambil Tindakan Undang-Undang

8 Jul 2015
No Comment


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan langkah pertamanya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Wall Street Journal (WSJ) selepas portal tersebut telah mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) wang 1MDB berada di dalam akaun peribadinya.

Najib melalui pasukan peguamnnya telah menghantar emel kepada pemilik portal WSJ, Dow Jones, iaitu untuk mendapat pengesahan samaada mempertahankan laporan mereka.

WSJ diberi masa 14 hari untuk menjawab tuduhan tersebut, kita mereka mempertahankan tuduhan itu, Najib melalui pasukan peguamnya akan memulakan tindakan mahkamah.

BACA: Wall Street Journal Dedah Berjaya Kesan AS$700 Juta Duit 1MDB Dalam Akaun Peribadi Najib

BACA: Najib Digesa Beri Jawapan Skandal 1MDB Atau Berdepan Dengan Bersih 4

BACA: WSJ Muat Naik Dokumen Dakwa Bagaimana Duit US$700 Juta Disalurkan Antara 1MDB-Najib

"Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB," kata surat yang dihantar melalui emel itu.

Notis 14 hari kepada WSJ tersebut telah disediakan oleh firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, di mana mereka akan menjalakan proses tindakan undang-undang.

Berdasarkan catatan di surat tersebut, ia tertumpu kepada dua artikel, bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" yang disiarkan pada 2 Julai dan "Scandal in Malaysia" yang disiarkan pada 6 Julai, kedua-duanya ditulis oleh Simon Clark dan Tom Wright.

Ia juga meminta akhbar antarabangsa berkenaan  menyatakan tanpa ragu-ragu dan dengan jelas sama ada ia adalah hujahnya bahawa pelanggannya telah menyalahgunakan kira-kira AS$700 juta milik 1MDB. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "