Mat Sabu Antara Pemimpin Progresif PAS Yang Akan Dipecat Kerana Tubuh Parti Baru
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin progresif PAS, termasuk bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu akan dipecat dari parti itu kerana menubuhkan parti yang baru.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jawatankuasa Disiplin parti memandang serius sebarang tindakan yang mahu melemahkan parti itu.
"Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.
"Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran PAS bersama media, malam tadi.
Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu sebelum ini mengumumkan mahu menubuhkan satu parti politik baru dengan meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.
Beliau juga merupakan Pengerusi Gerakan Harapan Baru. -Siakapkeli.my