Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MARA Bayar Lebihan RM66.2 Juta Untuk Tiga Hartanah di Australia - NOW

1 Jul 2015

KUALA LUMPUR: The National Oversight & Whistleblowers (NOW) terus menyiasat pembelian hartanah oleh MARA di Australia dan mendapati agensi itu membeli tiga hartanah di sana dengan harga yang melebihi harga pasaran.

Menurut NOW, pembelian ketiga-tiga hartanah itu membabitkan jumlah bayaran lebihan sebanyak A$19.1 juta (RM66.2 juta).

Kenyataan ini timbul selepas pengarah bersama NOW, Akmal Nasir hari ini mendedahkan pembelian hartanah ketiga - 51 Queens Street,  sebuah bangunan pejabat dan sebuah bangunan komersial yang telah dibeli oleh Mara Incorporated Sdn Bhd dengan harga A$5.35 juta (RM18 Juta) pada Mac 2013.


Menurut Akmal, cara pembelian 51 Queen Street adalah sama dengan pembeli Dudley House dan 333 Exhibition Street dan ia menunjukkan terdapat kegiatan luar biasa yang berlaku.

Tambah Akmal, kini NOW sedang meminta jawapan dimana hilangnya RM 66.20 yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan komuniti Bumiputra melalui pendidikan dan bantuan perniagaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "