Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut Dibelasah Selepas Hubungannya Dengan Isteri Orang Terbongkar

1 Jul 2015
No Comment


Batu Pahat: Seorang lelaki yang dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan bini orang telah meninggal dunia selepas dibelasah oleh dua orang lelaki di Taman Kota Aman, Yong Peng di sini.

Memetik laporan Harian Metro, ahli perniagaan berumur 50 tahun berkenaan yang berasal dari Johor Bahru telah ditemui kira-kira jam 11 pagi semalam dalam keadaan nazak di tepi jalan di taman perumahan berkenaan.

Selepas mangsa dijumpa dalam keadaan nazak, orang ramai telah menghubungi pihak ambulans.

Berdasarkan cerita sumber mangsa yang memandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari Yong Peng telah memasuki kawasan taman perumahan berkenaan sambil diekori oleh sebuah kenderaan lain.

Kereta amngsa telah dipintas oleh kenderaan yang mengekori tersebut, kelihatan dua orang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa.

“Mangsa cuba menjelaskan sesuatu kepada dua lelaki terbabit sebelum cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek yang membelasahnya sehingga rebah," ceritanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "