MIRI: Selepas membunuh isterinya, seorang lelaki dipercayai membunuh dirinya sendiri dengan menjerut lehernya.
Menurut Pemangku Ketua Polis Miri, Supritendan Stanley Jonathan Ringgit, hasil siasatan awal mendapati Wenceslays Taikim Pancras, 50 terdahulu membunuh isterinya Sirena Puyang Anyie, 39 dengan menghentak kepada mangsa ke lantai.
Kejadian itu berlaku di rumah suami isteri terbabit pada waktu pagi selepas Wenceslaus menghantar dua anak mereka ke sekolah.
"Suaminya kemudian membunuh diri dengan menjerut leher sendiri menggunakan kabel. Motif pembunuhan masih disiasat.
"Tiada kesan pergelutan dan barang berharga juga tidak hilang," kata Stanley.
Pasangan berkenaan bekerja di syarikat menjual kereta dan syarikat swasta itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun dan seorang anak perempuan berusia 11 tahun. -Siakapkeli.my