Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ini Digantung Kerja Kerana Enggan Bunuh Anak Beruang

11 Jul 2015
No Comment


Kerana sifat mulia dan berkeperimanusiaan yang dimiliki oleh seorang pegawai pemuliharaan haiwan liar Kanada ini, dia telah mendapat perhatian ramai orang.

Bryce Casavant dari British Columbia telah mendapat perhatian orang ramai yang memuji tindakannya yang enggan membunuh anak dua ekor anak beruang yang kematian ibu kerana ditembak.


Sebelum kejadian ibu beruang yang membawa anak-anaknya itu telah menghampiri rumah penduduk kampung dan menyelongkar peti sejuk tempat mereka menyimpan ikan salmon.

Bryce telah diarahkan untuk membunuh kedua-dua ekor anak beruang tersebut oleh pegawai atasannya selepas dilihat hilang tujuan selepas ketiadaan ibu tetapi dia enggan berbuat demikian sebaliknya membawa anak beruang berkenaan ke hospital veterinar untuk diselamatkan.

Kerana tindakan mulianya itu, beliau telah digantung kerja serta dan tidak menerima bayaran gaji kerana melanggar perintah.

Selepas berita mengenai kejadian ini tersebar, sebuah petisyen telah diwujudkan menuntut agar pihak jabatan pemuliharaan haiwan Kanada mengembalikan pekerjaan tersebut kepada Bryce kerana rata-rata orang ramai menganggap tindakan lelaki itu sangat murni.


Kedua-dua ekor anak beruang itu kini berada dalam keadaan sihat dan stabil selepas diselamatkan oleh Bryce. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "