Kanak-Kanak Maut Dilanggar Kereta Bapa
SANDAKAN: Seorang kanak-kanak maut setelah dilanggar oleh pacuan empat roda yang dipandu oleh bapanya yang berniat ingin membetulkan keadaan kereta terbabit.
Kejadian di Taman Sejati Ujana, Batu 7 disini itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam semalam. Ketika kejadian bapa kanak-kanak perempuan itu membetulkan kenderaan ketika berkunjung ke rumah salah seorang ahli keluarga sempena Aidilfitri.
Memetik Astro Awani, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain berkata mangsa, Mutia Noraini Ayup, meninggal setelah cedera parah di kepala.
Siasatan awal mendapati mangsa pergi beraya di rumah bapa saudaranya di taman perumahan terbabit bersama bapa, ibu dan adik beradiknya.
Tambah Zabidi, setelah tiba di hadapan rumah berbabit, bapa mangsa, 38, menurunkan kesemua penumpang sebelum membetulkan parkir keretanya ke arah hadapan.
Bapa mangsa merasa seperti terlanggar sesuatu dan isteri yang ketika itu berada di hadapan rumah menjerit. Dia kemudiannya turun dan mendapati anak ketiganya dilanggar tayar hadapan belah kanan kenderaan tersebut.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Duchess of Ken namun telah disahkan sudah meninggal dunia. - Siakapkeli.my