Namawee, individu yang pernah menjadi kontroversi selepas menghina lagu Negaraku suatu ketika dahulu turut memberi pandangan peribadinya berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu.
Menerusi video berdurasi 1.03 minit dengan paparan hitam putih, pengarah filem Nasi Lemak 2.0 itu menolak persepsi rasis di kalangan rakyat negara ini.
"Saya ada nampak banyak video-video pergaduhan di Low Yat di Facebook, di Youtube.
"Ada yang cakap itu kes perkauman. Tapi saya nampak ada kaum polis, kaum pencuri dan kaum gangster. Saya tak nampak kaum lain.
"Saya beri contoh, apa warna jam G-Shock ini? Tak tahu kan? Tapi anda tahu ini jam G-Shock kan? Topi saya pula warna apa? Tak tahu kan? Tapi tahu ini topi kan?," demikian memetik rakaman video itu.
Namewee HJ! Puii...
Posted by Suara Anak Melayu - SAM on Sunday, July 12, 2015
Jika sebelum ini Namawee terkenal dengan sikap lantang dan kenyataan pedasnya, namun kali ini dia bernada sedikit 'lembut' dengan menggesa orang ramai memberi masa kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
"Jadi rakyat Malaysia, bertenang dan sabar. Isu di low Yat bukan tentang warna, tentang kaum... Itu tentang pencuri, gangster dan polis.
"Biar polis siasat. Katakan tidak kepada 'racism'," katanya lagi.
Sabtu lalu ratusan orang berkumpul di hadapan Plaza Low Yat susulan insiden pergaduhan pada Sabtu yang didakwa berpunca daripada pertikaian berkaitan telefon bimbit.
Polis telah menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan itu yang turut melibatkan beberapa insiden pergaduhan. Seorang lelaki yang berusia 22 tahun pagi ini didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas disyaki mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat. -Siakapkeli.my
Alvin Tan ke tu??? ci cek btol2 nyah!
BalasPadamini namewee bukan alvin tan lahh..
BalasPadam