Harga Minyak Sepatutnya Naik 20 Sen Tetapi Kerajaan Memutuskan Untuk...
Harga petrol RON95 sepatutnya dinaikkan sebanyak 20 sen tetapi kerajaan memutuskan untuk menaikkan sebanyak 10 sen, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, KJ.
KJ juga turut memberitahu kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM100 juta sebagai subsidi bagi menampung 10 sen yang tidak dinaiikan itu.
“Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter,” katanya memetik laporan dari Bernama hari ini.
Menurut beliau lagi, penjimatan yang diperoleh oleh kerajaan hasil dari menaikkan harga minyak itu akan digunakan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat. - Siakapkeli.my