Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR: 50 Buah Rumah Rosak Dibadai Ribut Ketika Nyenyak Tidur

7 Jul 2015
No Comment


Alor Setar: Kira-kira 50 buah rumah rosak akibat dipukul ribut yang melanda kawasan Kampung Alor Mengkudu Dalam di sini awal pagi tadi.

Kejadian yang di katakan bermula kira-kira jam 2.30 pagi itu menyebabkan kira-kira 14 buah rumah rosak teruk dan selebihnya kebanyakkan hilang bumbung selepas diterbangkan angin.

Kejadian berlaku ketika penduduk sedang nyenyak tidur dan bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Ahli Dewan Undangan Alor mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya, menyifatkan kejadian ribut yang melanda Alor Mengkudu adalah satu ujian daripad Allah.

Beliau telah melancarkan akaun untuk mengutip bantuan daripada orang ramai untuk membantu mangsa-mangsa ribut berkenaan. Tabung bencana 02084010036569 BIMB atas nama PKWR N14 Alor Mengkudu. - Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "