Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Faktor Kesilapan Punca Helikopter Dinaiki Oleh Zahid 'Ceroboh' Sempadan Indonesia

2 Jul 2015
No Comment


KUCHING: Berikutkan kes pesawat awam dari Malaysia yang didakwa menceroboh sempadan negara Indonesia baru-baru ini yang tersebar di laman sosial, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah tampil mengatakan kejadian tersebut bukanlah satu pencerobohan tetapi kesilapan nyata.

Helikopter milik Sabah Air yang dinaiki oleh beliau telah mendarat di tempat pendaratan milik tentera Indonesia dekat sempadan Sabah dengan Indonesia sebelum ini.

BACA: Indonesia Sahkan Sebuah Helikopter Awam Malaysia Ceroboh Sempadan Negara Mereka

"Kami sepatutnya mendarat di Sungai Melayu berhampiran sempadan. Tetapi juruterbang mendapati tempat pendaratan digenangi air. Jadi, dia menerbangkan helikopter untuk mencari tempat alternatif untuk mendarat," katanya.

Dalam kejadian juruterbang berkenaan telah tersedar kesilapannya dan kemudian dia membuat keputusan kembali mendarat di Wallace Bay di Sabah.

"Saya berharap pihak media dari Malaysia dan Indonesia tidak akan memanipulasi insiden itu.

"Kami telah menjelaskan kepada Kedutaan Indonesia. Saya juga telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.

Berikutan kejadian itu, beliau memlalui Kementerian Dalam Negeri akan menghantar sepucuk surat penjelasan kepada Menteri Luar Datuk Seri Musa Aman untuk diserahkan kepada menteri Luar Indonesia.

"Saya berharap perkara itu telah selesai kerana ia bukan kes pencerobohan tetapi kesilapan oleh juruterbang. Kita tidak harus membiarkan hubungan baik  antara kedua-dua negara terjejas," katanya.

Juruterbang juga tidak patut dipersalahkan kerana bentuk muka bumi dan sempadan adalah sama jika dipandang dengan mata kasar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "