Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dera Kanak-Kanak Lima Tahun: Dua Suspek Ditahan Reman Lagi Seminggu

6 Jul 2015


PASIR MAS: Tempoh tahanan reman bapa kandung dan ibu tiri seorang kanak-kanak lima tahun yang menjadi mangsa dera baru-baru ini dilanjutkan lagi tujuh hari.

Perintah berkenaan dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Pasir Mas, Mohamad Redza Azhar Rezali pada hari ini.

Kedua-dua suspek yang berusia 39 tahun dan 25 tahun ini terdahulu direman selama empat hari kemudian disambung lagi tiga hari yang berakhir pada semalam bagi siasatan lanjut.

Kanak-kanak berkenaan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa dera pasangan berkenaan dengan tubuhnya dipenuhi kesan lebam dan parut.

Tubuhnya yang kini membongkok juga disebabkan beberapa bahagian tulang belakang dan rusuknya patah.

Kes dera ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "