Rohaida Mohamad, 44, menunjukkan gambar adik Zuliana selepas kanak-kanak itu mengadu kepadanya sakit dada pada Mac lalu. - FOTO:Mstar |
Guru tabika Nur Zuliana mendedahkan kanak-kanak terbabit pernah memberitahu dia hanya diberikan keropok lekor dan air kosong dirumah.
Dia kata dia hanya makan keropok lekor dan minum air kosong di rumah," kata Rohaida, pekerja di Tabika Ummi.
"Sebelum ini, ibu tiri yang saya fikir cuba menutup kesalahannya pernah memberitahu bahawa jangan berikan makanan bergula kepada kanak-kanak itu kerana menghadapi masalah kulit.
"Tetapi saya agak aneh apabila mendapati kanak-kanak itu makan dengan banyak setiap kali dia berada di tabika ini.
"Hanya selepas itu baru saya menyedari kanak-kanak itu tidak mempunyai masalah kulit, tetapi itu adalah helah ibu tiri untuk menutup penderaan yang dilakukannya," katanya lagi.
Selain itu Rohaida pernah bertanya Nur Zuliana siapa yang memukulnya dan kanak-kanak itu menjawab "mummy".
Menurut Rohaida, dia pernah bertanya mengenai kesan lebam di badan Zuliana namun dimarahi oleh ibu tiri kanak-kanak berkenaan.
Rohaida berkata, ibu tiri kanak-kanak itu kemudian memberhentikan persekolahan anaknya di tabika pada mac lalu.
Tambahnya lagi dia telah melaporkan perkara itu kepada pengerusi tabika serta merancang untuk bersemuka sendiri dengan ibu tiri dan bapa kanak-kanak itu dan tidak bercadang untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.
"Kami tidak mahu terlibat dalam masalah pasangan itu. Walaupun saya menjaga kanak-kanak itu, tapi saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya," katanya.
Rohaida menjaga adik Zuliana dari Januari hingga Mac
Sementara itu, seorang jiran suspek, Sabariah Ahmad, 51, berkata bapa Nur Zuliana memperlihatkan dirinya seolah-olah seorang bapa yang baik dan peramah.
"Tanggapan pertama saya adalah bahawa dia adalah bapa yang baik dan saya mengenali dia selepas dia berpindah ke sini 12 bulan yang lalu. Tetapi isterinya jarang bercakap dengan saya.
"Amat mengejutkan apabila mengetahui tentang nasib gadis itu kerana saya tidak pernah mendengar apa-apa kekecohan dari rumah pasangan itu," katanya memetik mStar Online. - Siakapkeli.my