Selepas diselubungi kontroversi penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya, Tasha Shilla dilihat kini mengenakan hijab sepenuhnya.
Menerusi laman Instagramnya, dia banyak berkongsi gambar-gambar memakai tudung atau selendang.
Bagaimanapun ada yang mendakwa Tasha memakai tudung sebagai mempromosikan hijab tersebut.
Namun melihatkan kepada komen-komen yang ditinggalkan di gambar-gambar yang dimuatnaik Tasha, ramai yang menyokong dan memberi galakan kepadanya untuk berubah, apatah lagi ketika umat Islam sedang menyambut Ramadhan. -Siakapkeli.my