Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Menteri Mahu Program BTN Dikaji Semula

5 Jul 2015






KUALA LUMPUR: Mendakwa Biro Tata Negara (BTN) seolah-olah menggalakkan ketuanan Melayu, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah menggesa program itu dikaji semula supaya ia tidak menyimpang dari tujuan asal.

Namun beliau menegaskan cadangan itu tidak bermaksud BTN perlu dimansuhkan.

"Ia bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai pemikiran sivik dan patriotisme. Bukan keunggulan Melayu.

"Selain terhadap kewujudannya sendiri, kita perlu mengkaji semula kurikulum dan bagaimana kursus itu dilaksanakan," demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhaaan Global itu.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pemimpin muda DAP, Dyana Sofya turut melontarkan pandangan yang sama rentetan tindakan laman web BTN menyiarkan beberapa slaid maklumat yang kemudiannya menjadi bahan ejekan rakyat negara ini.

Ia kononnya menerangkan bagaimana tindakan penerbit buku bebas menjadi dalang pergerakan 'anti-penubuhan' yang boleh mempengaruhi golongan muda pada pilihan raya umum yang akan datang.

Slaid itu bagaimanapun telah dipadam. -Siakapkeli.my 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "