Azhar Sulaiman Pula ''Dicarut Azwan Ali
Niat pelakon Azhar Sulaiman yang mahu menasihati Diva Azwan Ali supaya menjaga emosi dan kemarahannya bagaimanapun tidak 'disambut baik' oleh artis berkenaan.
Selepas memaki seorang wanita yang membantu memberi cadangan lokasi untuk berbuka, Azwan pula menyifatkan Azhar sebagai bukan sesiapa untuk menasihatinya.
“Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?
“Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.
"Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?," katanya.
Nampaknya 'panas' Azwan Ali masih belum dapat diredakan. Harapnya menjelang dua minggu terakhir Ramadhan ini hati artis itu terbuka untuk berlembut dan tidak lagi mudah melenting. -Siakapkeli.my