Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Ingatkan Bangsa Johor Jangan Berpecah Dan Tidak Terpengaruh Dengan Provokasi

7 Jul 2015


Tengku Mahkota Johor (TMJ) hari ini mendakwa wujud sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan penyatuan rakyat Johor sebagai satu bangsa hingga mahu mencetuskan provokasi.

Ini berikutan negeri itu tidak menggunakan istilah bangsa Malaysia.




"Ini adalah kerana dari zaman Atok Moyang saya kami Melayu, Cina dan India dikenali sebagai Bangsa Johor semenjak 1885, 72 tahun sebelum adanya negara bernama Malaysia," titahnya sebagaimana memetik posting terbaru di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga bertitah Johor berbanggsa dengan hak milik sejarah negeri itu, maka ia terpulang kepada setiap pihak untuk berpegang kepada konsep bangsa mereka sendiri.
"Kami tidak kacau mana-mana pihak. Ini adalah asal-usul sejarah Kami.
"Jika anda hendak bangga dan panggil diri anda Bangsa Malaysia atau 5 Malaysia teruskan. Ia bukan satu jenayah.
"Tetapi kepada Bangsa Johor, jangan kita lupa ini adalah negeri kami. Bumi dan hak milik negeri ini adalah hak anda semua," titahnya.
Bukan itu sahaja TMJ menggesa rakyat Johor tidak terpengaruh dengan strategi pecah dan perintah yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu yang dilihat tidak berpuas hati dengan Johor. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "