Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Lalui Detik Selepas Tangannya Tersepit Dalam Mesin Memproses Makanan

9 Jun 2015
No Comment


AMPANG: Seorang wanita terpaksa menahan sakit tidak terkata sambil menunggu bantuan datang selepas tangannya telah tersepit di dalam mesin memproses makanan.

Kejadia tersebut berlaku si sebuah kilang memproses makanan sejuk beku di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa di sini tengah hari Isnin.

Mangsa, Syazni Akmal Ramli, 32, dikatakan sedang memproses makanan sejuk beku meggunakan mesin tersebut sebelum tangannya tersepit selepas mangsa dikatakan terlajak memasukkan bahan makanan tersebut.




Dia dikatakan cuba menarik keluar tangan dari mesin berkenaan tetapi gagal lalku telah menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Ampang untuk mendapatkan bantuan.

Bomba yang mendapat panggila terus bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengeluarkan tangan mangsa tanpa mengalami kecederaan yang serius.

Mangsa bagaimanapun telah dikejarkan ke  Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti tahap kecederaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "