China - Sebuah pesta disini bertukar menjadi tragedi apabila serbuk pewarna yang ditabur terbakar di udara menyebabkan sekurang-kurangnya 200 orang cedera.
Pesta yang diadakan di taman air di Formosa Water Park, New Taipei itu diadakan sempena acara "Colour of Asia".
Kebanyakan pengunjung yang hadir memakai pakaian mandi ke pesta tersebut. Menurut polis, kejadian berlaku kerana dipercayai serbuk pewarna itu adalah bahan yang mudah terbakar.
75 parah dan dihantar ke hospital berkenaan untuk rawatan. Dua video kejadian yang berjaya dirakam dimuat naik oleh pengguna di Internet. - Siakapkeli.my
— China Xinhua News (@XHNews) June 28, 2015