Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Untungnya, Virgin Group Umum Polisi Cuti Bergaji Kepada Pekerja Lelaki Yang Baru Bergelar Bapa

11 Jun 2015



Beruntung sungguh golongan lelaki yang bergelar bapa di syarikat Virgin Group apabila mereka juga mendapat cuti yang sama seperti cuti bersalin yang diperolehi golongan wanita.

Syarikat berkenaan mengikut jejak langkah syarikat pengurusan Facebook dan Google dengan tujuan memberikan hak sama rata dan pertimbangan sosial kepada mereka yang bergelar ibu bapa.

Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson Josh Bayliss mengumumkan kebenaran cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru mendapat anak.

"Ini mencerminkan ketelusan syarikat dalam mengambil kira hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerja kami," kata Bayliss.

Polisi terbaru syarikat berkenaan membenarkan pekerja yang berkhidmat untuk tempoh kurang dua tahun akan menerima gaji sebanyak 25 peratus sepanjang tempoh bercuti, manakala mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun akan menerima gaji penuh.

Lebih menarik, polisi itu juga merangkumi kepada pekerja mereka yang mengambil anak angkat.

"Jika anda menjaga pekerja anda dengan baik, mereka akan menjaga perniagaan anda dengan baik juga.

"Saya juga seorang bapa dan seorang datuk, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa. Kerana itu, kami di Virgin sangat berbesar hati untuk menghadiahkan polisi ini supaya pekerja-pekerja kami dapat menikmati saat-saat indah sebagai ibu bapa," katanya.

Agak-agak ada tak syarikat di Malaysia bermurah hati nak buat polisi cuti sebegini kepada golongan lelaki? -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "