Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ular Sawa "Pakai" Batu "Akik" di Kepala Ditangkap

29 Jun 2015
No Comment


Indonesia : Penduduk di satu perkampungan di Tuban, Indonesia gempar apabila menemui seekor ular sawa yang mempunyai benjolan seolah-olah batu akik di kepalanya.

Ular sawa yang berjaya ditangkap oleh penduduk di kampung itu berukuran sepanjang 5 meter dan merungkai misteri kehilangan haiwan peliharaan sejak beberapa minggu lalu.

“Penduduk menjadi takut kerana banyak haiwan ternakan mereka seperti ayam, itik dan kambing hilang tiba-tiba,” kata Busro Ilham, salah seorang penduduk.

Katanya lagi, tiga ekor ular sawa berjaya ditangkap tetapi salah seekor darinya mempunyai benjolan dikepala.

Bagaimanapun, seekor ular sawa itu mempunyai benjolan di kepala dan selepas saya teliti ia seperti batu akik.

Saya tidak tahu benjolan di kepala ular sawa jantan itu adalah batu akik atau ketumbuhan biasa,” katanya memetik laporan dari myMetro.

Ular berbatu akik itu diletakkan di dalam sangkar di rumahnya dan berita tentang kewujudan ular berkenaan merebak ke seluruh daerah.

Ramai penduduk yang datang ke rumah saya kerana mahu melihat ular sawa yang memakai batu akik.

“Ada juga yang mahu membeli ular sawa itu dengan harga yang tinggi, tetapi saya enggan menjualnya,” katanya lagi.

Batu akik adalah batu perhiasan yang ditemui dalam tanah dan biasa dijadikan batu cincin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "