Sejak mula berpuasa ini pasti anda selalu melihat sendiri di depan mata atau di laman sosial kelibat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari-hari turun ke bazar Ramadan.
Memetik tulisan dari Sinar Harian, wartawan telah bertanyakan kepada Tun M apakah tujuan dia selalu turun ke bazar ramadan.
"Nak cari popia," itu jawapan jawapan ringkas bekas Perdana Menteri keemppat berkenaan. Meurut beliau popia merupakan makanan wajib baginya di bulan puasa ini.
Seorang pengunjung telah bertanya kepada Tun M, "Tun teringat Pekan Rabu kah?’
Jawab Tun “Pekan Rabu tidak berapa ada popia, cuma ada pulut udang." Sini tidak ada pulut udang, orang sini tak tahu buat pulut udang, orang Kedah sahaja boleh," selorohnya ketika dtemui wartawan Sianr Harian di Bazar Ramadan Shah Alam Seksyen 13 hari ini.
Selain meminati popia Tun Mahathir juga turut menyukai putu piring.
"Tun juga kalau ke bazar akan cari putu piring, itu antara kegemaran beliau," katanya.
Sejak bermula puasa lalu Tun dilihat telah pergi ke beberapa Bazar Ramadan di mana Bazar Ramadan Kampung Baru adalah bazar yang pertama di lawatinya selain melawat bazar Putrajaya dan Keramat selepas tu sebelum terbaru bazar Shah Alam.
Seperti biasa apabila Tun M turun padang maka ramailah rkayat tidak kira bangsa atau agama akan berpusus-pusu untuk bergamabr kenangan dengan pemimpin hebat ini.
Sesiapa yang tahu tempat popia sedap atau pulut udang sedap(pulut panggang) sedap area Lemabah Klang boleh la 'rekomen' kepada Tun. - Siakapkeli.my