Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Terima Hadiah Istimewa Sempena Hari Keputeraan

30 Jun 2015
No Comment

TMJ hari ini menerima hadiah istimewa dari Ayahandanya sempena ulang tahun kelahiran ke 31.

Gambar hadiah berkenaan, yang berupa sebuah jet dimuat naik oleh TMJ di page Facebook Johor Southern Tiger.

Dalam foto berkenaan turut kelihatan TMJ dan Ayahandanya bergambar bersama.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulis TMJ di posting terbabit.

Selain itu, TMJ juga turut menyatakan baginda berniat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah sempena hari keputeraannya.

"Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulis baginda lagi.

Gambar terbabit melihatkan satu majlis ringkas sedang diadakan bagi menyerah jet tersebut kepada TMJ.

Orang ramai di media sosial mengucapkan tahniah dan murah rezeki kepada TMJ. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "