Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Lagi Kerjasama Dengan PAS Di Johor - Pengerusi DAP Johor

16 Jun 2015
No Comment


Tiada lagi kerjasaman antara DAP dengan PAS di Johor, itulah yang ditegaskan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong di mana dia menekankan pertinya itu tidak lagi akan bekerjasama dengan Datuk Mahfodz Mohamed yang baru dilantik Pesuruhjaya PAS Johor.

Ini kerana memandangkan Mahfodz sendir sebelum ini merupakan individu yang mencadangkan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa muktamar PAS yang berlansung baru-baru ini.

Mahfodz sebelum ini dikatakan ingin bertemu dengan kepimpinan DAP Johor untuk meneruskan kerjasama politik bersama PR di negeri tersebut, kerana keputusan terbaru ini DAP melihat Mahfodz bersifat “kurang integriti”.

“Saya tidak nampak ruang kerjasama antara DAP dan PAS Johor,” kata Liew dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Liew mengucapkan tahniah kepada Mahfodz kerana telah dilantik memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Johor dari tahun 2005 hingga 2013 sebelum ini.

Pada muktamar PAS yang berlansung pada minggu lepas, Mahfodz telah membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas.

Oleh itu, saya kira kenyataan Mahfodz yang tiba-tiba ingin meneruskan hubungan dengan DAP ialah kenyataan yang kurang integriti,” kata Liew.

Liew berkata, DAP Johor akur kepada keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan mesyuarat Jawatankuasa Negeri Johor yang akan diadakan selepas mesyuarat itu.

Kerana kemenagan puak konservatif dalam pemilihan PAS, di mana sebelum ini mereka telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO menjadi langkah pertama dalam “membunuh” gabungan pembangkang itu.

“DAP Johor akan bekerjasama dengan pihak yang ingin menjatuhkan kuasa Umno dalam pilihan raya akan datang, termasuk golongan progresif PAS bagi mendapat sokongan seluruh rakyat dan menewaskan Umno,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "