Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Iman Rendah Punca Kes Atlet Gimnas Negara Jadi Kontroversi - Bekas Menteri

16 Jun 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Lelaki iman rendah punca kes kontroversi melibatkan atlet gimnastik negara, Farah Ann ini timbul, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Memetik laporan Astro Awani, Rafidah menegaskan bahawa wanita tidak pernah pun mempertikaikan pakaian yang dipakai oleh lelaki walaupun tidak elok dipandang.

"Anda fikir lelaki kelihatan elok dalam seluar renang mereka? Pernahkah kita berleter tentang perkara itu walaupun apa yang mereka pakai tidak bersesuaian?

"Kami tidak peduli asalkan kemenangan dapat diraih untuk negara," katanya dalam satu ceramah.

BACA: Nampak Lurah Kemaluan Marah Tapi Diam Bila Tengok Drama Pelok-Pelok - Prof. Madya Dr. Mariani

BACA: Farah Ann Sindir Pengkritiknya, "Tong Kosong Memang Berbunyi Nyaring

Farah sudah lakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara tetapi kerana adanya lelaki-lelaki yang rendah iman di mana mereka lebih tertarik dengan cara pemakaian terutamanya dibahagaian tidak sepatutnya dipandang kontroversi ini berlaku.

"Segelintir lelaki memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pakaiannya dan bahagian-bahagian yang salah. Mata mereka perlu dicungkil kerana sikap itulah yang sedang berleluasa sekarang,” disambut ketawa tetamu yang hadir.

Rafidah yang juga bekas ketua wanita Umno Malaysia turut berkata ada lelaki mengkritik pemakaian kerana tidak suka wanita mengatasi apa yang boleh dilakukan oleh mereka.

"Kelemahan iman sesetengah kaum lelaki adalah penyebab masalah ini," tegasnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "