Setiap daripada pasangan yang berkahwin, pasti akan menetapkan sesuatu tema atau konsep hari bersejarahnya supaya dapat diingati, bukan sahaja kepada mereka, malah kepada keluarga dan tetamu yang hadir.
Kalau di Malaysia baru-baru ini heboh dengan kehadiran Power Rangers dan Superhero di majlis perkahwinan, ini pula mungkin satu idea yang tak ramai pengantin mahu cuba lakukan.
Jenny Buckleff, 58 dan suaminya, Christopher Lockett, 51 memilih tema muncul dari keranda untuk diabadikan sebagai memori perkahwinan mereka.
Kemunculan Jenny daripada keranda, yang juga milik abangnya pada mulanya mengejutkan ramai tetamu yang hadir.
Namun dia tetap berpuas hati dan gembira kerana pasti akan menjadi perbualan orang ramai.
"Memang itulah hasrat saya, mahu membuat sesuatu yang berlainan di majlis perkahwinan saya," kata Jenny. -Siakapkeli.my