Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaedah Simpan Duit Secara 'Beregu' Bertemakan Kasih Sayang

7 Jun 2015



Kadangkala benda kecil yang kita lakukan bersama pasangan besar manfaatnya tana kita sedari. Contohnya, jika pasangan anda jenis liat buat simpanan, apa kata anda yang menjadi penggerak ke arah itu?

Sesetengah orang tak akan buat jika disuruh secara paksaan atau terlalu bersyarat. Sudahnya, simpanan entah ke mana pula perginya.

Jadi, kami kongsikan tips simpan duit yang dinamakan 'Beregu' oleh Mohd Azwan Mohd Buang sebagaimana yang diposkan melalui laman Facebooknya baru-baru ini.

Kami yakin jika ia dibuat secara kasih sayang dan santai, pasangan pun tidaklah lagi bertangguh-tangguh atau berkira-kira untuk menyimpan, kan? -Siakapkeli.my

1) Sediakan 3 benda:
Pen, Kalender,Balang Kosong.

2) Main O-som dengan husband @ wife.
Pilih korang nak nombor genap @ ganjil.

3) Katakan Suami nombor ganjil, isteri nombor genap:

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 ke dalam balang, dan tick-kan pada 1hb di kalendar.

Pada keesokan harinya, 2hb isteri korang masukkan RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb kat kalendar.
Dan buat benda yang sama pada hari seterusnya.
3hb masukkan RM3, 4hb masukkan RM4, 5hb masukkan RM5 dan seterusnya.

Senang cerita, korang masukkan duit dalam balang rempeyek tu dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
As simple as that.
Dan setiap hujung bulan,

Ini hasilnya....jeng...jeng..jeng...
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30
= RM465!

Best kan?




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "