Susulan Salinan Laporan Polis Tersebar, Jam Tangan Mewah Bukan Milik Pegawai SPRM
Semalam dan hari ini tersebar dilaman sosial sekeping gambar salinan laporan polis seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) tentang rumahnya telah dipecah masuk dan kehilangan barang beharga.
Kerana tersebarnya laporan itu, ramai Netizens mempertikaikan barang yang hilang tersebut kerana dakwa mereka bagaimana seorang pegawai biasa mampu memiliki beberapa utas jam tangan mewah yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.
Tampil menjawab perosalan itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM berkata baranagn tersebut adalah milik suami pegawai tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Berikutan tersebarnya salinan laporan polis berkenaan, SPRM telah melakukan satu laporan polis mengenai isu ini kerana mendedahkan laporan polis berkenaan adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau lagi, pegawai SPRM tersebut merupakan pagawai baru yang mendaftar pada 1 Jun lalu dengan menyandang jawatan Gred 44.
"kebetulan rumah beliau telah dipecah masuk pada hari tersebut dan dia membuat laporan polis dengan menyenaraikan barang-barang yang hilang termasuk jam tangan mewah yang diviralkan"
"Hasil siasatan suami beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan memiliki aset yang sah dari segi undang-undang," katanya. - Siakapkeli.my