Ridhuan Tee Abdullah Kritik A. Samad Said Kerana Sertai Parti DAP
Penceramah bebas Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah yang kita kenali merupakan seorang berbangsa Cina yang telah memeluk Islam di mana sejak kebelakangan ini kita ketahui yang dia sangatAnti dengan DAP.
Kali ini beliau telah tampil mengkritik sasterawan negara Datuk A Samad Said selepas membuat keputusan menyertai parti DAP.
Ridhuan menyelar tindakan figura itu kerana beliau seharusnya memilih parti yang boleh membawanya ke syurga.
“Hebat Melayu Ultra Kiasu ini sehingga tidak memilih parti UMNO atau Pas sebagai wadah.
“Nasihat saya, bila berpolitik (atau bekerja) pastikan wadah politik boleh membawa kita ke syurga.”
BACA: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said Sah Akan Sertai DAP
Pak Samad juga disifatkan oleh beliau sebagai hamba DAP selepas parti sasterawan negara berkenaan menolak sebarang jawatan yang ditawarkan kepadanya.
Ridhuan Tee juga di dalam rencana yang ditulisnya dalam akhbar Sianr Harian turut mengulas mengenai pembinaa masjid yang cuba dibuat oleh DAP di Kelantan.
“Macamlah Kerajaan Kelantan begitu haprak sehingga tidak mampu untuk membina masjid di buminya sendiri.”
"Pembinaan masjid di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dilakukan kerajaan negeri berdasarkan keperluan dan bukan dibina sewenang-wenangnya."
“Di Negeri tersebut terdapat patung Buddha kedua terbesar di dunia tapi ini mmebuktikan toleransi umat Islam yang tidak ada di negara lain walaupun mereka hanya kaum minoriti,” katanya. - Siakapkeli.my