Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepada Peniaga Secara Online, Ini Mungkin Cara Sesuai Untuk Anda Elak Ditipu Pembeli

22 Jun 2015

Meniaga secara diatas talian kini semakin popular kerana anda tidak perlu memiliki sebuah kedai yang mana perlu disewa beratus-ratus sehingga beribu-ribu. Selain itu meniaga diatas talian juga mempunyai beberapa kelebihan lain seperti jumlah pembeli yang tidak terhad kepada kawasan.

Namun, dimana ada kelebihan di situlah ada kekurangan. Peniaga-peniaga secara diatas talian dengan tertipu kepada pembeli juga tidak asing lagi.

Sebelum ini banyak laporan yang Siakapkeli terima yang mana melampirkan slip bank palsu sebagai bukti bayaran dan sebagainya.

Terkini, menerusi laman personal salah seorang kru kami, Mohd Ridzuan menceritakan kisah yang baru dialaminya dengan seorang pelanggan.

Ridzuan yang merupakan seorang peniaga di atas talian yang berniaga barangan gadget telah cuba ditipu oleh pelanggannya itu dengan menunjukkan slip bank yang palsu.

Pelanggan itu pada mulanya datang dan bertanyakan produk iPhone6 Gold setelah melihat iklan di Mudah.my menerusi aplikasi Whatsapp.

Memandangkan barang itu masih ada dan Ridzuan sudi untuk berurusan dengan pelanggan terbabit.

Bagaimanapun, urusan perniagaan tidak semudah itu kerana faktor risiko berniaga dan membeli secara diatas talian.

Pelanggan tersebut seakan-akan tidak mempercayai Ridzuan untuk berurusan dan meminta Ridzuan untuk menghantarkan produk tersebut kepada alamat yang diberi dan setelah pelanggan tersebut mendapati kod jejak barangan pos barulah dia akan sudi untuk membuat pembayaran.

Bagaimanapun Ridzuan juga terdedah dengan risiko ditipu pembeli yang mungkin tidak akan membayar harga untuk barang tersebut.

Ridzuan bagaimanapun berkeras untuk menerima bayaran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penghantaran kepada pelanggan itu.

Setelah Ridzuan berkeras dengan keputusan itu, si pelanggan pun setuju untuk membuat pembayaran dan meminta segala butiran bank Ridzuan.

Ridzuan bagaimanapun bertindak memberikan butiran bank yang palsu kepada pelanggan tersebut untuk mengetahui adakah benar pelanggan tersebut tiada helah.

Setelah itu pelanggan tersebut meminta masa selama 15 minit bagi menjelaskan bayaran kapada akaun tersebut.

Kemudian memberitahu kepada Ridzuan yang bayaran telah dibuat beserta dengan slip bayaran dari bank dan cop.

Maka bermula saat itu tahulah bahawa pelanggan sudah menipunya kerana pembayaran tidak akan berjaya dengan butiran-butiran palsu yang diberikannya itu.

Berikut adalah beberapa paparan skrin dialog mereka menerusi aplikasi Whatsapp. — Siakapkeli.my



Hati2 bila berurusan online... Baru saja tadi saya tangkap client mudah.my nk bli hp & ipad, bila nk jual ipad & iphone...
Posted by Rizu Nads on Sunday, 21 June 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "