Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Putri Mardiana Dan Pasangan Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

24 Jun 2015




Pelakon Putri Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas perbuatan khalwat pada 14 Disember tahun lalu.

Pengakuan pasangan berkenaan direkodkan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Memetik Rotikaya, Putri dan Shahrizam kemudiannya diminta melantik peguam bagi mewakili mereka sementelah kes tersebut akan disebut semula pada 25 Ogos nanti.

Untuk rekod kedua-dua mereka ditahan di C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "