Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikuti jejak beberapa pemimpin negara ini apabila berikrar menjadi penderma organ.
Hal itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
“Ikrar ini memberi sinar harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan organ di negara ini. Ikrar derma organ bererti seseorang melahirkan hasrat untuk menderma organ selepas meninggal dunia.
“Sebelum ini, beberapa menteri kabinet lain sudah berikrar sebagai penderma termasuk Datuk Seri Dr S Subramaniam, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin,” ujarnya Dr Noor Hisham.
Ikrar menderma organ bererti seseorang melahirkan hasrat menderma organ selepas meninggal dunia namun seseorang individu perlu memaklumkan kepada anggota keluarga terdekat sebelum berikrar. -Siakapkeli.my