Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PKR Kesal Dengan Pendirian DAP Tamatkan Riwayat Pakatan Rakyat

18 Jun 2015




KUALA LUMPUR: Rentetan krisis antara DAP-PAS yang kian memburuk, PKR tampil dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi berfungsi secara formal.

Ia juga berikutan keputusan DAP pada Selasa lalu yang menerima usul PAS membatalkan hubungan dengan parti itu pada Muktamarnya dua minggu lalu, apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan riwayat gabungan pembangkang itu sudah lagi tiada.

Namun begitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan DAP mengambil keputusan sedikit tergesa-gesa, dan sehubungan itu PKR akan terus memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan PAS di Kelantan.

Begitu juga dengan kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang, ia dikekalkan berdasarkan semangat kerjasama PR.

"Biro Politik PKR yang bermesyuarat semalam kesal dengan usul diterima tanpa bahas di Muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan Rakyat yang kami anggap tindakan tergesa-gesa," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Hal ini sekaligus membayangkan PKR tidak mudah tunduk kepada gesaan DAP untuk memaksa kesemua wakil PAS di dalam kerajaan negeri Selangor meletak jawatan. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "