Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pertandingan Hafal Al-Quran IS Tawar Hadiah Hamba Seks

26 Jun 2015
No Comment

Petaling Jaya : Sebagai tanda 'hormat' sempena bulan Ramadan, kumpulan militan IS mengadakan satu pertandingan menghafal Al-Quran dengan hadiah hamba seks Yazidi sebagai hadiah untuk tiga tempat pertama.

Iklan pertandingan itu yang beredar secara online turut menyenaraikan hadiah duit bagi peserta yang mendapat tempat ke empat hingga ke sepuluh.



Menurut Clarion Project, satu badan NGO di Washington, surah-surah yang dipilih untuk digunakan dalam pertandingan itu dipercayai antara surah yang memiliki unsur-unsur perang jika dibandingkan dengan surah lain.

Pertandingan itu akan berlangsung selama tujuh hari di bulan Ramadan.

Menjelaskan isu hamba seks IS, satu artikel dari Clarion Project menjelaskan IS menangkap beribu-ribu wanita untuk dipaksa menjadi hamba seks dan juga untuk dijual. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "