Pemandu Pelancong Mengaku Tidak Bersalah Rogol Guru
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu pelancong mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang guru yang dikenali melalui laman sosial di Mahkamah Sesyen pada hari ini.
Pemandu pelancong tersebut, Khairul Faizi Abu Bakar, 29, didakwa merogol dan mencederakan seorang guru berusia 34 tahun di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu, Cheras, pada 11 Mei lalu.
Selain itu, Kahirul Faizi juga tidak mengaku bersalah atas tuduhan mencuri barangan kemas milik mangsa itiau dua bentuk cincin, seutas gelang tangan, seutas rantai dan sebentuk loket pada hari yang sama.
Hakim Azman Mustapaha menetapkan 2 Julai depan bagi sebutan semula kes. - Siakapkeli.my