Man United Buat Bidaan Kedua Terhadap Raheem Sterling Sebanyak £25 Juta
Pasukan gergasi bola sepak England, Manchester United dikatakan telah membuat bidaan kali kedua sebanyak £25 juta untuk mendapatkan khidmat pemaian sayap Liverpool, Raheem Sterling, yang dikatakan baakl meninggalkan Anfield musim ini.
Louis Van Gaal dikatakan berusaha membawa masuk pemain itu bagi mengatasi masalah kekurangan pamain yang membelenggu skuadnya.
Sebelum ini Manchester dikatakan telah membuat bidaan pertama tetapi Liverpool telah menolak bidaan tersebut.
Jurulatih kelahiran Belanda itu ingin mendapatkan Sterling, 20, yang dikatakan merupakan permain berbakat besar England dan dia percaya karier Sterling akan lebih baik jika berada di Old Trafford.
Jurulatih Manshester itu percaya Sterling akan meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan kali ini kerana kontraknya hampir tamat.
Jika Liverpool menolak tawaran United, tidak mustahil ia akan diburu Manchester City yang sebelum ini berhasrat mendapatkan permain muda tersebut. - Siakapkeli.my