Patriot 1 - Siapakah Bakal Pemilik Nombor Pendaftaran Paling Mahal Ini?
Siapakah yang bertuah bakal memiliki nombor plat istimewa Patriot 1?
Disifatkan sebagai nombor pendaftaran paling mahal di Malaysia, ia mula ditawarkan kepada umum pada harga permulaan iaitu RM1 juta.
Memetik Astro Awani, setakat ini lima individu telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 20 peratus untuk memiliki nombor pendaftaran berkenaan.
Patriot 1 merupakan inisiatif Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengumpul dana sebagai menjayakan kempen memupuk budaya kesederhaan.
"JPJ telah memberikan kebenaran kepada (YPNM) untuk melelong nombor Patriot 1 hingga Patriot 9999," demikian menurut Pengarah Projek badan itu, Mass Ayu Mass Akbar.
Bidaan bagi Patriot 1 dibuka sejak 1 Jun lalu dan pembida tertinggi akan diumumkan pada 30 Jun depan. -Siakapkeli.my